Selasa, 16 September 2014

Sekitar SKLM

Gambar-gambar sekitar SKLM.


Blok A - Blok Pentadbiran

Blok B & C - Blog Akademik

Blog Akademik - Pandangan hadapan.
Blok Akademik - Bahagian dalam.


Blok Akademik - Pandangan sisi.









Laluan penghubung Blok Pentadbiran dan Blok Akademik.






Blok D - Makmal dan Bengkel.


Lobi - Antara pejabat & Bilik Mesyuarat.

Profil SKLM


Nama Sekolah : Sekolah Kebangsaan Laguna Merbok.
Kod Sekolah   :  KBA 3057
Gred  :  B
Kategori  :  Bandar
PKG  :  Bujang
PPD  :  Kuala Muda/Yan
Tel  : 04-4445021
FAX  : 044430093.
Email  : sklagunamerbok.ppdkmy@gmail.com
Alamat  : Sekolah  Kebangsaan Laguna Merbok, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman.





Kenapa KESIDANG?



Kesidang merupakan sejenis bunga hutan berwarna putih dan berbau harum.  Setiap kuntumnya bersaiz kecil dan terdiri daripada lima kelopak.  Bunganya yang kecil tersusun membentuk jambak bunga.  Dalam kalangan masyarakat Melayu di bahagian utara tanah air, ia dipanggil "Kerak Nasi".  Nama tersebut diberi mungkin kerana baunya seakan-akan haruman bau nasi.  Nama lain bagi pokok ini ialah Pokok Tikar Seladang. Di sebelah pantai timur pula ia dikenali sebagai Bunga Tikam Seladang.  Ia juga dikenali dengan nama "Bread Flower" di negara-negara barat.  Pohonnya merupakan kayu kecil yang mudah dilentur dan sesuai dijadikan hiassan laman. 

Nama Kesidang dipilih untuk Pusat Sumber SKLM kerana mewakili pengaruh haruman dan warnanya.  Walaupun kecil tetapi haruman lembut semerbaknya bertebaran ke serata alam.  Begitulah simboliknya dengan ilmu yang dituntut. Walaupun sedikit ilmu yang diperolehi, tetapi manfaatnya terlalu banyak bagi manusia sejagat juga seluruh isi alam.  Ilmu yang sedikit ini juga akan berterusan manfaatnya jika disebarkan dengan niat yang tulus ikhlas dan hati yang suci bersih seputih warnanya.  Ketulusan menuntut ilmu dan menyampaikan ilmu ini wujud di dalam jiwa setiap warga SKLM.

Selain daripada itu, nama ini juga dipilih memandangkan nama-nama kelas di SKLM sendiri terdiri daripada nama-nama bunga. Antara nama-nama yang digunakan adalah Cempaka, Mawar dan Orkid.  Oleh itu, dengan memilih nama daripada spesis yang sama ini diharapkan dapat mendekatkan pusat sumber itu sendiri dengan murid yang berada di kelas.  Agar ia menjadi satu rumpun yang akan tumbuh subur mencapai kecemerlangan bersama tanpa sebarang halangan dan jurang yang memisahkan peranannya dari struktur organisasi SKLM.

Tambahan pula, rata-rata masyarakat sekarang hampir melupakan keunikan nama-nama tumbuhan yang terdapat di negara kita.  Nama-nama seperti Kemuning, Kemunting, Kenanga, Kemboja, Siantan  dan lain-lainnya seakan-akan hampir hilang dari ingatan semua.  Apatah lagi kini pendedahan kepada bunga-bunga dari luar dan juga moden semakin banyak.  Ini menyebabkan nama-nama bunga tempatan ini makin tenggelam dari senarai hisan laman masyarakat kita.

Adalah menjadi harapan agar nama-nama bunga ini dapat dimartabatkan semula dalam pengetahuan seluruh warga SKLM.  Menjadi harapan juga agar nama-nama bilik khas lainnya di seluruh SKLM akan dilabelkan dengan nama-nama tersebut.

Rabu, 10 September 2014

Salam pertemuan!

Assalammualaikum w.b.t

dan

salam sejahtera.

Selamat bertemu kepada semua pembaca. Kenali kami disini. Banyak ilmu, perkara dan peristiwa yang ingin dikongsi bersama.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat untuk semua.