Sejarah Kesidang.

Pusat Sumber Kesidang mula beroperasi seawal bulan Januari 2014 apabila sekolah ini mula dibuka. Ia terletak di aras tiga Blok Pentadbiran.  Dengan keluasaan binaan seluas 8060 kaki persegi, pusat sumber ini mempunyai ruang bacaan yang sangat luas beserta bilik-bilik khas lainnya seperti sebuah bilik tayangan, sebuah perpustakaan multimedia, 2 buah bilik akses, sebuah bilik kerja dan sebuah stor.

Pada awal pembukaannya, pusat sumber ini hanya membenarkan murid-murid menggunakan kemudahan terhad yang disediakan seperti ruang pembelajaran, bilik tayangan dan juga bahan bacaan.  Semua bahan bacaan yang ditempatkan di sini merupakan buku-buku cerita dan rujukan yang telah dibekalkan oleh pihak Kementerian Pendidikan.  Bahan-bahan bacaan ini telah diproses secara manual terlebih dahulu sebelum menggunakan sistem automasi E-Proses pada Januari 2015.  Pusat sumber telah memulakan operasinya seawal jam 7.30 pagi hingga 2.30 petang pada setiap hari persekolahan.

Puan Sakdah Bt Zakaria, merupakan Guru Perpustakaan Media yang pertama dilantik oleh pihak sekolah dengan dibantu oleh Jawatankuasa Induk PSS dan juga Jawatankuasa Kerja PSS.  Seramai 25 orang murid telah dilantik sebagai pengawas Pusat Sumber yang membantu melancarkan lagi pengurusan pusat sumber.  Pada 4 Januari 2015 pula, Cik Nurul Zakiah Bt Ramli telah melaporkan diri sebagai Pembantu Operasi N17 melalui  pelaksanaan Program NBOS.

Nama Kesidang telah dipilih sebulat suara semasa Mesyuarat Pengurusan Pusat Sumber yang pertama.  Pusat Sumber ini juga telah dirasmikan oleh Puan Hajjah Rosnah Bt Saad, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Kedah semasa hadir merasmikan Minggu Kesidang pada Oktober 2014.  

Tiada ulasan: