Isnin, 23 Februari 2015

Peraturan PSS

Peraturan Pusat Sumber KESIDANG.

Sila……..
Tanggalkan kasut dan stoking,
Tuliskan nama di dalam rekod masuk pusat sumber,
Jaga kebersihan pusat sumber,
Jaga semua alatan dan bahan di pusat sumber,
Susun semula buku di rak,
Susun semula kerusi,
Simpan semula alatan pusat sumber di tempat asal,
Beratur semasa berurusan di kaunter,
Jimatkan penggunaan eletrik,
Tutup pintu pusat sumber sepanjang masa,
Berpakaian sopan semasa ke pusat sumber,
Patuhi peraturan pusat sumber,
Hormati semua pengunjung pusat sumber.

Dilarang…..
 Membuat bising di dalam pusat sumber,
  Mengoyak buku pusat sumber,
  Menconteng buku pusat sumber,
 Membawa keluar buku tanpa kebenaran,
  Merosakkan alatan, bahan dan perabot pusat sumber,
 Makan dan minum di dalam pusat sumber,
  Membawa masuk makanan dan minuman ke dalam pusat sumber,
  Membuang sampah merata-rata,
 Meninggalkan peralatan peribadi di pusat sumber,
 Bermain, berlari dan bergaduh di dalam pusat sumber.

Jumaat, 6 Februari 2015

Lagu NILAM


Membaca dan belajar amalan hidup mulia
Jadikanlah panduan wawasan anda
NILAM program membaca memberikan semangat
Membaca dengan jaya budaya kita

Bina tabiat membaca matlamat NILAM kita
Ganjaran yang diberi tidak terhingga
Jadi Rakan Pembaca juga capai Jauhari
Pembaca yang bestari anugerah diberi

NILAM NILAM anugerah NILAM
Menerangi Jalan suram
NILAM NILAM anugerah NILAM
Idaman pembaca jaya

Membaca dan belajar amalan hidup mulia
Bina tabiat membaca matlamat NILAM kita
Dunia indah sekali pasti lebih berseri
Amalan membaca menjana minda bestari