Sejarah SKLM.

Sekolah Kebangsaan Laguna Merbok mula dibuka pada Januari 2014.  Bangunan yang didirikan oleh Tajar Contruction di atas plot 3229, dengan keluasan tanah seluas 6 ekar ini siap sepenuhnya pada 16 Oktober 2012 dengan kos perbelanjaan RM20,226,666.00.  Majlis penyerahan projek telah disempurnakan oleh Encik Abdul Aziz Bin Haji Ashaari, Timbalan Setiausaha Bahagian Kanan, Bahagian Pembangunan Pelajaran, Kementerian Pendidikan Malaysia pada 12 September 2013.

Nama Sekolah Kebangsaan Laguna Merbok adalah bersempena dengan kawasan perumahan sekitarnya iaitu, Bandar Laguna Merbok yang dibangunkan oleh Paramount Property Sdn Bhd.

Dibuka untuk sessi persekolah 2014, sekolah ini menerima murid seramai 411 orang murid, 50 orang murid prasekolah dan 31 orang guru.  Encik Ghazali Bin Said, selaku "care taker" telah dilantik sebagai guru besar.

Mempunyai 13 buah kelas dari tahun 1 hingga 5 dan dua kelas pra sekolah,  sessi pengajaran dan pembelajaran di sekolah ini telah berjalan dengan lancar di samping pelaksanaan aktiviti ko-kurikulum dan juga ko-akademik.

Murid-murid yang berpindah ke sekolah ini terdiri daripada murid-murid dari sekolah sekitar seperti Sekolah Kebangsaan Tasik Apong, Sekolah Kebangsaan Sungai Layar, Sekolah Kebangsaan Syed Jan Al-Jafri, Sekolah Kebangsaan Ibrahim, Sekolah Kebangsaan Taman Ria dan juga Sekolah Kebangsaan Convent Saint Theresa.

En Ghazali Bin Said, Guru Besar SKLM telah berpindah ke Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Muda/Yan pada bulan April 2015 dan telah digantikan oleh Encik Zamuri Bin Ladening yang telah melapor diri pada bulan Oktober 2015.

Pada tahun 2018, jumlah pelajar telah bertambah menjadi seramai 799 orang murid yang terdiri daripada 50 orang murid prasekolah, 10 orang murid Pendidikan Khas Integrasi dan 739 orang murid di aliran perdana.

SKLM telah mula mencipta nama apabila telah mencapai keputusan yang cemerlang di dalam Pentaksiran Sekolah Rendah pada tahun 2017 dengan pencapaian 98% lulus serta gred purata sekolah 1.95.  Semoga SKLM akan terus menempa nama dan mencapai kecemerlangan yang berterusan.

Pada tahun 2017, nama-nama kelas telah ditukar kepada Anggerik, Bakawali, Cempaka dan Dahlia oleh Penolong Kanan Pentadbiran pada ketika iatu, iaitu Tn Haji Mohd Bakri Bin Abdullah.  Manakala nama sekolah pula telah ditukar daripada Sekolah Kebangsaan Laguna Merbok kepada Sekolah Kebangsaan Bandar Laguna Merbok pada tahun 2018 oleh pihak PIBG sekolah.




Lencana Sekolah.





Lencana Sekolah Kebangsaan Laguna Merbok terdiri daripada beberapa unsur seperti bentuk, warna, simbol dan tulisan.
Bentuk.
Perisai - melambangkan jati diri yang sentiasa dipelihara sebagai satu Bangsa Malaysia yang berjaya.
Reben kuning melengkung - melambangkan ikatan dan semangat kekitaan dalam merealisasikan hasrat pendidikan.
Warna BIRU, MERAH, KUNING dan HIJAU melambangkan 4 rumah sukan yang menunjukkan semangat kesukanan sebagai medium perpaduan.
Simbol.
Pen - Melambangkan pengikat ilmu.
3 ekor merbok -  sempena nama petempatan Laguna Merbok.
Tulisan Berilmu, Beramal, Berbakti merupakan motto sekolah.

Bendera Sekolah

 

Bendera Sekolah Kebangsaan Laguna Merbok terdiri daripada tiga jalur  menegak berwarna merah, kuning dan hijau.

Merah melambangkan semangat dan kesungguhan dalam usaha mencapai cita-cita.

Kuning menunjukkan ketaatan kepada pemimpin.

Hijau merujuk kepada ketenangan dan kedamaian spiritual.

Bendera berukuran 6 kaki panjang dan 3 kaki lebar ini mempunyai lencana sekolah ditengah-tengahnya yang melambangkan identiti  sekolah.

Bendera sekolah pertama kali telah dinaikkan oleh Encik Ghazali Bin Said, Guru Besar SKLM pada 12 Oktober 2014.









Tiada ulasan: